Thursday, August 19, 2010

Cerita lelaki dan dot dot dot

Bismilahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.
Salam ramadhan..salam ukhuwwah buat para pelawat kambing sekalian...kambing teman ni punya la suka bile kome dtg melawatnya...hehe...kalu ada yg bawa makanan utk dia lagi dia suka...bubur lambuk ke...roti jala ke..pulut durian ke...gulai tempoyak ke....uuuuhhhh....cobaan di bulan puasa....asyik ingat makanan aje...

memandangkan kita berada di dalam suasana ramadhan yg penuh diberkati oleh Allah swt ni, teman terpanggil utk menceritakan kisah yg selalu berada dlm pikiran teman...mungkin ada yg pernah dengar cerita ni...tapi teman tak kira...teman nak cerita jugak...hehe...

cerita ni berkisarkan seorang lelaki yg beriman...yg rajin pegi ke masjid utk solat berjemaah...

Adalah pada suatu hari ni...lelaki ni sedang dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh...lelaki tersebut berjalan dlm gelap...dgn hatinya tak henti2 berzikir dan mengingati Allah...

tetiba, dengan tak semena- mena lelaki itu telah terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di tgh2 jalan..."Allahu akbar.." lelaki itu terkejut kehairanan...'ish...tak pernah aku perasan pulak ada lubang ni kat sini'....apabila terpandangnya akan bajunya, lelaki itu bertambah terkejut...habis berdebu2 dan berselut2 bajunya akibat terjatuh ke dalam lubang tersebut....beliau memandang jam tangannya..'ishh...sempat lagi nak balik ke rumah salin baju ni...'

dengan hati yg sabar dan tidak sedikit pun mengeluh...lelaki itu bangun lalu pulang ke rumahnya utk bersiap semula ke masjid...

tidak lama kemudian, lelaki itu berjalan semula ke masjid...namun, atas izin Allah...beliau terjatuh lagi ke dalam lubang yang sama..."Allahu akbar.."lelaki itu kehairanan,'macammana la aku boleh jatuh lagi sekali nih...' dan apabila beliau melihat ke baju dan jam tangannya, sekali lagi beliau mengambil keputusan utk pulang ke rumah dan membersihkan diri utk kembali ke masjid.

kali ketiga lelaki tersebut keluar rumah utk ke masjid, beliau nekad utk lebih berhati2 agar tidak jatuh ke dalam lubang yg sama...apabila beliau hampir ke tempat terletaknya lubang tersebut, beliau ternampak seorang lelaki yg sedang memegang lampu suluh...

lelaki tersebut menyapanya dan menyuruhnya berhati2 akan lubang yg besar itu...lelaki beriman itu tersenyum mengangguk dan mengucapkan terima kasih...

lelaki yg memegang lampu itu bertanya, "encik nak ke mana ni?"

"Ke masjid"

"Oh ye ke..kalau macam tu mari kita pergi bersama..."lelaki yg memegang lampu tu pun dgn baik hatinya menyuluhkan jalan sampai lah ke masjid...

tibanya mereka di masjid, lelaki beriman tersebut dgn segera masuk utk menunaikan solat sunat dan beriktikaf...namun dilihatnya lelaki yg seorang lagi berdiri saja di luar masjid.

lelaki beriman tersebut mengajaknya masuk utk beribadat, tetapi lelaki yg memegang lampu itu sekadar menggelengkan kepalanya..

lelaki beriman itu kehairanan lalu bertanya,"kenapa kamu tak mahu masuk?bukankah kamu juga hendak ke masjid tadi..?"

lelaki berlampu itu menjawab," ya...tapi bukan untuk bersembahyang...semata2 utk menyuluhkan jalan untuk kamu.."

lelaki beriman terus kehairanan.....

lelaki berlampu itu bertanya,"adakah kamu kenal siapa aku??"

lelaki beriman tersebut menggelengkan kepala...

"Sebenarnya, aku adalah syaitan...dan akulah yg menyebabkan kamu terjatuh ke dlm lubang besar tersebut...dgn harapan bhw kamu akan putus asa dan mematahkan niat kamu utk ke masjid. Ketahuilah manusia, bahawa pada kali pertama kamu terjatuh dan pulang ke masjid, Allah swt telah mengampunkan segala dosa-dosamu sejak kecil dan kamu diibaratkan bagai kain putih yg suci. Pada kali kedua kamu terjatuh dan pulang ke masjid, Allah swt telah memberikan pengampunan kepada seluruh ahli keluarga mu serta memberkati rumahtangga mu...pada saat itulah aku berasa risau dan mengambil keputusan untuk mengelakkan kamu daripada terjatuh sekali lagi...kerana aku takut seandainya kau terjatuh lagi, Allah swt akan memberikan pengampunan kepada seluruh manusia di dalam kampung mu...."

apa yg terjadi lepas tu, teman pun tak tau...sbb cerita yg teman dengar pun takat tu ja...tapi kalu teman la jadi laki beriman tu...agaknya...tak sempat setan tu nak abih cerita, dah lari menceracak masuk masjid, baca ayat kursi kuat2, tobat tak keluaq masjid sampai masuk zohor...hehehe...

apa yg teman harapkan...kome dapat pengajaran drp cerita di atas, because Allah clearly values the hardship that we go through for Him...dan alangkah indahnya seandainya kita dapat menumpangkan syafaat daripada Allah dengam ahli keluarga kita yg tersayang...agar kita semua dpt merasai nikmat pengampunan dan syurga dariNya...

apa yg teman nampak sikit2 pengajaran cerita ni utk diaplikasikan dlm kehidupan seharian..contohnya, yg perempuan jgn malas nak tutup aurat walaupun di depan rumah sendiri..tutup lah aurat dengan sempurna walaupun setakat nak jemur kain atau nak petik daun kari kat belakang rumah....ingat..berat rasa di hati, makin berat pahala diberi insyaAllah..

and...kalau hujan sikit2 tu...atau kalau enjin motor tak bleh nak hidup..jgn la dijadikan alasan utk tidak solat berjemaah di masjid...bak kata org, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..

peliharalah solat...walau mcmmana penat sekalipun lepas pulang dari kerja...gagahkanlah kaki utk mengambil wudhu' dan solat lah sebelum melelapkan mata di atas katil (yg ni peringatan BESAR buat teman sendiri....)

akhir kata, hargailah setiap saat di bulan ramadhan kerana ia mungkin ramadhan terakhir buat kita.

wasallam.

No comments:

Post a Comment