Thursday, June 30, 2011

why is there a piece of cloth on my head?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

wahh...en kambing, baru sempat menjenguk kambing ni ha...tapi kali ni idak le lama sgt teman biarkan en kambing sorang2 kan...okay la tu...penat teman skrg ni tgh jaga baby2 kecik dkt wad NICU (neonatal ICU)...kesian sgt deme..ada yg berat 800g...900g...keciiiiiiikkk sgt....hebat betul kuasa Tuhan...baby kecik mcm tu pun, mcm2 organ kompleks dlm tubuh badan mereka...walaupun badan sekecil tapak tangan kita, tapi bila disuakan susu, pandai menghisap...Subhanallah....

Okay, hari ni teman nak tanya satu soalan buat pelawat2 en kambing yg bergelar muslimah...

Soalan teman ialah: kenapa anda menutup aurat...?

Adakah :
a) kerana mengikut suruhan Allah SWT (jawapan standard mcm dlm kertas pendidikan agama SPM dulu..tapi ramaikah yg betul2 mempercayainya...??)

b) kerana nak jaga diri drp pandangan lelaki...supaya golongan lelaki tidak mudah tergoda apabila melihat kita...

c) sebab ayah suruh..hehehe....

d) sebab org lain suruh...boyfriend, sekolah, ustazah etc....

terus- terang teman cakap...suatu masa dahulu, kalau ditanya pada teman soalan ni...teman akan jawab a dan b kedua-nya.....ada tak yg seangkatan dengan teman??...angkat tangan!!....okay,buat2 menggeliat...pastu turun tangan, nanti org ingat wayar putus plak angkat tangan lama2....

in fact, teman rasa mungkin ramai yg jugak berfikiran mcm tu...sbb byk kali teman dengar org bercakap pasal aurat dan pada masa yg sama mengaitkan isu aurat kaum hawa dgn kaum adam...yg kononnya menjadi 'tugas' kaum hawa utk 'tolong' menjaga iman kaum adam...

teman dtg drp background sekolah agama...dan mentality sekolah agama ni lain sikit...jgn salah anggap, teman amat sayangkan sekolah teman..i am who i am today because of what my school and teachers taught me...in fact, beberapa org sahabat2 teman hari ni adalah sahabat2 yg teman harapkan agar dapat menumpang syafaat mereka utk masuk ke syurga kelak...tapi biasalah budak2 di zaman sekolah dulu...kurang matang...ada yg taksub dgn perkara2 yg tak wajar digembar gembur pun..yg bila dah habis sekolah, takde siapa yg sebut pun...hehe...contohnya, pasal 'status' wanita di mata Islam..kalau di sekolah teman dulu, teman selalu rasa didiskriminasikan...rasa mcm jantina kelas kedua...sejak masuk sekolah agama (daripada sekolah convent..paham2 aje le)...teman rasa susah nak menyuarakan pendapat teman...nak perform di hadapan pentas jauh sekali...bila masuk pasukan debat sekolah, lagi budak lelaki benci...segala perlakuan sampai cara jalan pun (ehem...ehem...ehem) dikritikkan....semua yg org perempuan buat...semuanya salah...semua dikaitkan dgn isu aurat atau pernyataan "Ar-rijalu qawwamun a'nin nisaa'...(lelaki lebih kuat atau superior daripada perempuan)...dont get me wrong...pernyataan itu betul! sebab itu lelaki ketua keluarga...sebab itu lelaki imam dalam solat...dan sbb itu junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang lelaki dan tidak ada seorang nabi pun adalah di kalangan perempuan....namun, seorang perempuan itu ada nilai harganya disisi Islam...malah tempatnya begitu tinggi hinggakan ia ditatang bagaikan sebuah permata yg amat berharga agar terpelihara kesuciannya...

tapi apa yg teman hendak perkatakan di sini, oleh sebab teman sentiasa disogokkan dengan mentality2 yg meletakkan wanita sebagai jantina kelas kedua ini, menyebabkan teman juga mula mempercayai yg kaum hawa ini perlu menjaga aurat utk 'membantu' kaum adam menjaga iman mereka....

pernah teman dengar ayat ni daripada kaum adam "Itulah dia, pakai seksi sangat, dedah sana...dedah sini....bila kena rogol, marah pulak...."

and mind you, this sort of statement..bukannya teman pernah dengar daripada mulut2 kawan2 teman saja...but in fact, it's everywhere...dalam ceramah2 di surau...di media2 cetak dan massa...selalu teman mendengar pernyataan2 yg berbaur sebegini...yg mana membuatkan teman terpengaruh dan bersetuju dengan pernyataan di atas dan menguatkan lagi 'azam' teman untuk 'membantu' golongan adam yg lemah iman ini dengan menutup aurat...

tapi, ingat tak lagi kisah bagaimana seorang perempuan bertudung yg telah dirogol di dalam bas oleh pemandu bas tersebut...kira2 dalam 5-6 tahun lepas???kalau tak silap perempuan tu seorang cendekiawan jugak...seorang peguam kalau tak salah teman...teman ingat lagi, waktu kes tu berlaku..seorang kawan teman yg bukan islam telah bertanya kpd teman "So how now sarah, covering your body and your head also does not seem to prevent you from getting raped does it????"

teman terdiam waktu tu, betul jugak ye...cumanya waktu tu, the last defense that i had was to retort "well, u see...if the driver had a choice between a sexy lady in a mini skirt and a lady with a tudung, which one do u think he would have gone for first???"

Alhamdulillah...I thanked Allah for that spur of inspiration but then again, it showed that even though u're covered from head to toe, if a guy decides to rape u..he would still most probably will....so, what's all this about us (women) trying to help them taking care of their iman by covering ourselves??doesnt make sense, right?

so, where is the loophole, then....??

Here it is....it's because of this ayat...which has not been uttered enough in our society...

an ayat..which is far more significant then the one after it....for that was the only reason why it came first...

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (ayat 30, Surah An-Nur)

selepas itu, barulah turun ayat ini..yg teman pasti kome semua pernah dengor sbb selalu diulang2 di masjid2 dan ditampal di poster2...

Dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putera2 saudara lelaki mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yg tidka mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai org2 beriman, agar kamu beruntung. (ayat 31, Surah An-Nur)

So, I guess it works both ways kan??Kaum adam perlu menjaga mata...kita tak akan mampu nak menyekat maksiat seandaiknya org perempuan saja yg bertudung berlitup rapinya...kedua2 pihak perlu menjaga...and ayat ke-30 surah An-Nur ini perlu disebarkan dan ditekankan dengan hebatnya lagi supaya kaum adam faham the significance of the ayat...and there's no such thing as terpandang kali pertama rezeki so boleh tenung lama-lama ye...hehe...alihkan lah pandangan anda sebelum diberi dos pelali oleh makhluk yg bernama syaitan itu....

And buat my sisters, kaum hawa...bila kita menutup aurat...bukan lah untuk 'membantu' kaum adam menjaga iman mereka....kita menutup aurat...kerana kita akur dengan suruhan Allah SWT...itu sahaja...perbaiki niat kita...peringatan ni terutamanya buat teman sendiri yg dah tersalah anggap selama ni...we should not look at ourselves as sex objects who are trying to cover ourselves from the itchy eyes of men (hehe)..we are dignified muslimah, who are trying our level best to please Allah, and Allah only...orang lelaki insyaAllah, pandai lah mereka menjaga iman mereka sendiri...

Dan kita sebagai kaum hawa di akhir zaman ini...bukanlah 2nd class gender...kita sekadar mempunyai peranan yg berbeza di dunia...maybe part of our peranan adalah untuk membantu suami kita, dan membesarkan anak2 kita...but we still report directly to The One and Only...and that surely shows that we are as close to Him as anyone else! :)

Wasallam.

p/s: credits to Sri Munawwarah Design and Prof Dr. Harlina Siraj for the most enlighthening talk on 'Aurat and Hijab'! <3 <3

2 comments:

  1. insyaAllah..betulkan niat..apa2 pun kerana Allah kan, kak..=) entri yg sgt bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. sama2 kita usaha ye..insyaAllah, moga diberkati olehNya jua!

    ReplyDelete