Assalamualaikum wbt.
Weehoooo...encik kambing!!ingat teman lagi tak??eh eh encik kambing ni..amnesia pulak....hehe...baru berapa bulan je teman tak tengok en kambing..terus en kambing lupa kat teman??alalalalala....jangan la merajuk en kambing...byk kali dah teman berniat nak melawat en kambing ni...masalahnya byk sgt benda dlm kepala teman ni...sampai teman tak sempat langsung nak jumpa en kambing...teman baru balik drp pulau jerejak tau en kambing...bawak anak2 yatim gi jalan2...seronok betul rasanya...bukan selalu dpt luangkan masa dgn budak2 tu...lain kali, teman bawak en kambing gi jalan pulak ye....
hari ni teman nak bawak kome berpikir skit...tentang satu golongan manusia ni.....Golongan yg kita selalu sebut dan dengar zaman sekolah dulu...Golongan yg kononnya beragama Islam, tapi sebenarnya berpura2...bagaikan duri dlm semak...eh eh...duri dalam daging....Golongan yg dikatakan akan diseksa dgn neraka yg paling bawah sekali di alam sana nanti....
Iya betul...golongan yg teman nak bawak kome berfikir hari ni...adalah golongan 'munafik'...and selalunya bila kita sebut 'org munafik' tu, selalu terbayangkan org2 arab jahiliyah yg bengis..yg jahat..yg selalu memusuhi nabi...tapi, bila teman dengar kupasan2 ustaz zahazan dlm radio ikim baru2 ni...mcm tak jauh sangat sifat2 munafik tu dalam diri kita..terutamanya dlm zaman yg penuh fitnah mcm skrg ni...ternyata, sifat2 munafik tu selalu kita jumpa dlm masyarakat kita...malah, kadang2 kita sendiri juga tidak lari dari melakukan dosa2 yg sama...Astaghfirullahalzim....moga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa2 yg sama....
Okeh, mari kita rewind balik zaman sekolah time 'pendidikan Islam' dulu..Apakah yg dikatakan dgn ciri2 org munafik ni??......
Sila...sila...siapa nak jawab....??
Rasulullah SAW pernah bersabda, ciri-ciri org munafik ni ada 3:
- kalau berkata, maka dia akan berdusta
- kalau berjanji, maka dia akan memungkirinya
- kalau diberi amanah, maka dia akan mengkhianatinya...
Hmm...sounds familiar??anda pernah menipu..?anda pernah memungkiri janji?anda pernah terlewat dan tidak menepati masa??anda pernah mengkhianati kawan2 anda??huhuhuhu...sadly to say, semua ni seperti perkara biasa dlm masyarakat kita...bukan kata masyarakat...teman sendiri pun tidak lari daripada dosa2 di atas...berapa kali kita 'tipu sunat' dkt boss kita?MC kononnya tapi rupanya ke mid valley...aduh...persoalannya: serupakah kita dengan mereka??
Teman nak bawa beberapa kisah sirah di zaman Nabi Muhammad SAW utk renungan semua...
Ingat lagi tak pasal Perang Tabuk??Perang Tabuk ni adalah perang terakhir Nabi Muhammad SAW...Kalau tak salah teman, ia berlaku pada tahun 9 hijrah...selepas pembukaan kota mekah...
Waktu tu bulan Rejab...musim panas...Umat Islam baru saja sampai di Madinah setelah merentasi padang pasir sejauh lebih kurang 500km daripada Mekah...masing2 penat dan amat menginginkan suasana keselesaan di rumah...ramai isteri2 yg gembira dgn kepulangan suami masing2 dan bersedia habis-habisan dgn perhiasan rumah yg menarik, tilam yg empuk, air sejuk buat suami tercinta...kebetulan, waktu tu juga..buah kurma pun baru masak ranum di pokok2..hanya menantikan utk dipetik saja...
Tiba2 datang seruan utk umat Islam berperang di Tabuk...berperang dgn org2 Rome yg merupakan kuasa besar di zaman itu (buat pengetahuan semua, umat Islam telah memenangi peperangan Tabuk ni, hebatkan mereka di zaman itu?) Mungkin ada yg akan tanya, Tabuk tu dekat mana pulak? Oh, jauh la jugak sebenarnya...lebih kurang 600km daripada Madinah....600km!!...kalau naik kereta pun mahu nak dekat 10 jam...punggung pun naik kematu...itu pun kita ada highway, R&R, kereta ada aircond...bayangkan mereka di zaman itu yg hanya berjalan kaki, menunggang kuda atau unta di tengah2 padang pasir yg panas terik...
Tetapi oleh kerana iman yg begitu kental di kalangan sahabat di zaman itu, mereka tidak teragak2 utk menyertai seruan nabi utk meninggalkan keselesaan rumah yg baru sgt mereka kecapi...terus menyiapkan kuda masing2 dan terus menuju ke Tabuk lillahi Taa'la...
Di kala inilah, ramai org2 munafik yg memberikan pelbagai alasan kepada nabi utk tidak turut serta..ada yg kata mereka sakit, ada yg kata mereka perlu memetik buah kurma utk dijual supaya tidak kerugian, malah ada yg memberi alasan takut utk berdepan dgn perempuan2 Rome yg cantik2, kerana takut tidak mampu menahan nafsu utk berzina dgn mereka...Astaghfirullahal azim....jauhkanlah sifat2 ini daripada kami Ya Allah..
Persoalannya: mudahlah kita utk melabelkan mereka2 ini sbg org2 munafik..namun, fikirkanlah kembali...seandainya kita di tempat mereka...adakah kita juga akan memberikan alasan yg bukan2 supaya kita terus dpt mengecapi keselesaan yg sementara ini????akankah kita menjadi cukup kuat utk terus bangun dan terus berjuang ke jalanNya???berapa kali kita berehat sepuas2nya sebelum menunaikan solat setelah mendengar azan??itu baru seruan azan, belum lagi seruan utk berperang my sisters and brothers..serupakah kita dengan mereka???
Cerita kedua teman buat adinda2 sekalian...Ada suatu hari ini, Nabi SAW telah menyeru para muslimin utk bersedekah...
Datanglah seorang sahabatnya yg membawa segantang buah kurma...kata sahabatnya, beliau mempunyai 2 gantang buah kurma di rumah, maka disedekahkannya segantang ke jalan Allah...nabi SAW menerimanya dengan senyuman...Namun walaupun sedekahnya begitu ikhlas...ada juga suara2 sumbang daripada golongan munafik..kata mereka "kalau setakat nak bagi buah kurma, baik tak payah bagi..."
Kemudian, dtg pula Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan di zaman Nabi SAW yg telah dijanjikan syurga drp Allah SWT...Abdul Rahman telah mendermakan 100 (tak berapa pasti ukuran dlm bahasa arab, tapi kira banyak betul la) emas...Saidina Umar terkejut apabila mendengarnya, dan bertanya "Apakah kau sudah gila, ya Abdul Rahman?" Abdul Rahman dgn tenang menidakkan pernyataan itu dan bertegas utk menyedekahkan emas tersebut ke jalan Allah. Nabi menerima sedekahnya itu dan mendoakan Abdul Rahman...namun, walaupun kali ini sedekah yg begitu banyak diberikan ke jalan Allah, org2 munafik tetap menyuarakan kritikan2 mereka..."Abdul Rahman tu memang suka berlagak, suka menunjuk-nunjuk kekayaannya"....kata mereka..
Datang pula seorang sahabat yg berkulit hitam membawakan seekor kuda yg begitu cantik utk disedekahkan ke jalan Allah...Org2 munafik terus mentertawakannya dan mengatakan yg kuda itu lebih cantik daripada tuannya...Nabi Muhammad SAW terus mencela mereka dengan mengatakan yg mereka itu semuanya penipu belaka...malah Nabi SAW mengatakan bahawa lelaki itu lebih baik daripada mereka, dan lebih baik daripada kuda tersebut...dan spt biasa org2 munafik itu akan memberikan alasan yg sama...."kami hanya bergurau sahaja, ya Rasulullah"
Itulah lagi sifat munafik...yg hanya suka mengkritik org lain...tanpa ada apa2 usaha daripada diri sendiri...bila diberi sedikit, dikutuknya mcm sedekah itu tidak berguna, bila diberi banyak, dikutuknya kata suka menunjuk, bila dah tak tau apa nak dikutuknya, dikutuk pula wajah si penderma...
Persoalannya, pernahkah kita mengkritik org lain tanpa asas???tanpa ada usaha penambahbaikkan daripada diri kita sendiri...kutuk sana...kutuk sini...tapi kita hanya berpeluk tubuh sambil memandang sahaja....serupakah kita dengan mereka????
Serupakah kita dengan mereka wahai kome2 sekalian??pikir-pikir kan ye...
Satu lagi pesan nabi SAW yg teman dengar dlm radio haritu...lepas solat, jgn cepat2 tinggalkan masjid ye...seolah2 kita punyai byk hal2 duniawi yg lebih penting daripada Allah SWT...kerana itulah sifat org2 munafik..yg sekadar berpura2 dtg ke masjid utk memuaskan hati nabi SAW....
Kesimpulannya, marilah kita bersama2 bertaubat kpd Allah SWT dan pohonlah kpdNya agar terpelihara drp sifat2 keji munafik ini...kerana sesungguhnya kita mendambakan rahmat Allah di akhirat kelak...dan semoga kita menjadi manusia yg lebih sempurna tanpa sifat2 itu...Amin amin ya Rabbal A'lamin :)
Wasallam.
(note: cerita2 sirah di atas teman petik daripada siaran 'tafsir Al-Quran' bersama Ustaz Zahazan Mohamed setiap Isnin-Jumaat, pukul 6.30 pagi dan siaran ulangan pukul 8pm...sekarang baru sampai surah At-Taubah..byk lagi yg boleh belajar ni...mmg best sgt kupasan ustaz...jom dengar n belajar sama2!! ikim fm 91.5 di kuala lumpur - kena mintak komisyen drp ikim ni..hehe)
Insaf gue..tq
ReplyDeleteYang baca pasti.. akan tobat, AMIEN....
ReplyDeletehttp://bojacommunity.blogspot.com/
:)
ReplyDelete