Thursday, June 30, 2011

why is there a piece of cloth on my head?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

wahh...en kambing, baru sempat menjenguk kambing ni ha...tapi kali ni idak le lama sgt teman biarkan en kambing sorang2 kan...okay la tu...penat teman skrg ni tgh jaga baby2 kecik dkt wad NICU (neonatal ICU)...kesian sgt deme..ada yg berat 800g...900g...keciiiiiiikkk sgt....hebat betul kuasa Tuhan...baby kecik mcm tu pun, mcm2 organ kompleks dlm tubuh badan mereka...walaupun badan sekecil tapak tangan kita, tapi bila disuakan susu, pandai menghisap...Subhanallah....

Okay, hari ni teman nak tanya satu soalan buat pelawat2 en kambing yg bergelar muslimah...

Soalan teman ialah: kenapa anda menutup aurat...?

Adakah :
a) kerana mengikut suruhan Allah SWT (jawapan standard mcm dlm kertas pendidikan agama SPM dulu..tapi ramaikah yg betul2 mempercayainya...??)

b) kerana nak jaga diri drp pandangan lelaki...supaya golongan lelaki tidak mudah tergoda apabila melihat kita...

c) sebab ayah suruh..hehehe....

d) sebab org lain suruh...boyfriend, sekolah, ustazah etc....

terus- terang teman cakap...suatu masa dahulu, kalau ditanya pada teman soalan ni...teman akan jawab a dan b kedua-nya.....ada tak yg seangkatan dengan teman??...angkat tangan!!....okay,buat2 menggeliat...pastu turun tangan, nanti org ingat wayar putus plak angkat tangan lama2....

in fact, teman rasa mungkin ramai yg jugak berfikiran mcm tu...sbb byk kali teman dengar org bercakap pasal aurat dan pada masa yg sama mengaitkan isu aurat kaum hawa dgn kaum adam...yg kononnya menjadi 'tugas' kaum hawa utk 'tolong' menjaga iman kaum adam...

teman dtg drp background sekolah agama...dan mentality sekolah agama ni lain sikit...jgn salah anggap, teman amat sayangkan sekolah teman..i am who i am today because of what my school and teachers taught me...in fact, beberapa org sahabat2 teman hari ni adalah sahabat2 yg teman harapkan agar dapat menumpang syafaat mereka utk masuk ke syurga kelak...tapi biasalah budak2 di zaman sekolah dulu...kurang matang...ada yg taksub dgn perkara2 yg tak wajar digembar gembur pun..yg bila dah habis sekolah, takde siapa yg sebut pun...hehe...contohnya, pasal 'status' wanita di mata Islam..kalau di sekolah teman dulu, teman selalu rasa didiskriminasikan...rasa mcm jantina kelas kedua...sejak masuk sekolah agama (daripada sekolah convent..paham2 aje le)...teman rasa susah nak menyuarakan pendapat teman...nak perform di hadapan pentas jauh sekali...bila masuk pasukan debat sekolah, lagi budak lelaki benci...segala perlakuan sampai cara jalan pun (ehem...ehem...ehem) dikritikkan....semua yg org perempuan buat...semuanya salah...semua dikaitkan dgn isu aurat atau pernyataan "Ar-rijalu qawwamun a'nin nisaa'...(lelaki lebih kuat atau superior daripada perempuan)...dont get me wrong...pernyataan itu betul! sebab itu lelaki ketua keluarga...sebab itu lelaki imam dalam solat...dan sbb itu junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang lelaki dan tidak ada seorang nabi pun adalah di kalangan perempuan....namun, seorang perempuan itu ada nilai harganya disisi Islam...malah tempatnya begitu tinggi hinggakan ia ditatang bagaikan sebuah permata yg amat berharga agar terpelihara kesuciannya...

tapi apa yg teman hendak perkatakan di sini, oleh sebab teman sentiasa disogokkan dengan mentality2 yg meletakkan wanita sebagai jantina kelas kedua ini, menyebabkan teman juga mula mempercayai yg kaum hawa ini perlu menjaga aurat utk 'membantu' kaum adam menjaga iman mereka....

pernah teman dengar ayat ni daripada kaum adam "Itulah dia, pakai seksi sangat, dedah sana...dedah sini....bila kena rogol, marah pulak...."

and mind you, this sort of statement..bukannya teman pernah dengar daripada mulut2 kawan2 teman saja...but in fact, it's everywhere...dalam ceramah2 di surau...di media2 cetak dan massa...selalu teman mendengar pernyataan2 yg berbaur sebegini...yg mana membuatkan teman terpengaruh dan bersetuju dengan pernyataan di atas dan menguatkan lagi 'azam' teman untuk 'membantu' golongan adam yg lemah iman ini dengan menutup aurat...

tapi, ingat tak lagi kisah bagaimana seorang perempuan bertudung yg telah dirogol di dalam bas oleh pemandu bas tersebut...kira2 dalam 5-6 tahun lepas???kalau tak silap perempuan tu seorang cendekiawan jugak...seorang peguam kalau tak salah teman...teman ingat lagi, waktu kes tu berlaku..seorang kawan teman yg bukan islam telah bertanya kpd teman "So how now sarah, covering your body and your head also does not seem to prevent you from getting raped does it????"

teman terdiam waktu tu, betul jugak ye...cumanya waktu tu, the last defense that i had was to retort "well, u see...if the driver had a choice between a sexy lady in a mini skirt and a lady with a tudung, which one do u think he would have gone for first???"

Alhamdulillah...I thanked Allah for that spur of inspiration but then again, it showed that even though u're covered from head to toe, if a guy decides to rape u..he would still most probably will....so, what's all this about us (women) trying to help them taking care of their iman by covering ourselves??doesnt make sense, right?

so, where is the loophole, then....??

Here it is....it's because of this ayat...which has not been uttered enough in our society...

an ayat..which is far more significant then the one after it....for that was the only reason why it came first...

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (ayat 30, Surah An-Nur)

selepas itu, barulah turun ayat ini..yg teman pasti kome semua pernah dengor sbb selalu diulang2 di masjid2 dan ditampal di poster2...

Dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putera2 saudara lelaki mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yg tidka mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai org2 beriman, agar kamu beruntung. (ayat 31, Surah An-Nur)

So, I guess it works both ways kan??Kaum adam perlu menjaga mata...kita tak akan mampu nak menyekat maksiat seandaiknya org perempuan saja yg bertudung berlitup rapinya...kedua2 pihak perlu menjaga...and ayat ke-30 surah An-Nur ini perlu disebarkan dan ditekankan dengan hebatnya lagi supaya kaum adam faham the significance of the ayat...and there's no such thing as terpandang kali pertama rezeki so boleh tenung lama-lama ye...hehe...alihkan lah pandangan anda sebelum diberi dos pelali oleh makhluk yg bernama syaitan itu....

And buat my sisters, kaum hawa...bila kita menutup aurat...bukan lah untuk 'membantu' kaum adam menjaga iman mereka....kita menutup aurat...kerana kita akur dengan suruhan Allah SWT...itu sahaja...perbaiki niat kita...peringatan ni terutamanya buat teman sendiri yg dah tersalah anggap selama ni...we should not look at ourselves as sex objects who are trying to cover ourselves from the itchy eyes of men (hehe)..we are dignified muslimah, who are trying our level best to please Allah, and Allah only...orang lelaki insyaAllah, pandai lah mereka menjaga iman mereka sendiri...

Dan kita sebagai kaum hawa di akhir zaman ini...bukanlah 2nd class gender...kita sekadar mempunyai peranan yg berbeza di dunia...maybe part of our peranan adalah untuk membantu suami kita, dan membesarkan anak2 kita...but we still report directly to The One and Only...and that surely shows that we are as close to Him as anyone else! :)

Wasallam.

p/s: credits to Sri Munawwarah Design and Prof Dr. Harlina Siraj for the most enlighthening talk on 'Aurat and Hijab'! <3 <3

Monday, June 13, 2011

KL...oh KL...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar en kambing...sihat ke...amacam duduk kat kampung tu?ada baik??teman tak berapa sihat ni...asyik batuk aje...teman rindu sgt nak balik kampung..boleh jumpa en kambing....hehe....hah?apa??en kambing nak duduk dgn teman dkt kolumpo ni???eh...tak boleh, nanti kita dilabel bersekedudukan pulak...karang jenuh teman nak tutup hidung sepanjang masa plak...hehe...jgn marah ye encik kambing...

Hari ni teman nak bercerita hal2 org kelumpo ni...

Alkisahnya, baru2 ni teman pegi ke kl sentral..niat di hati, nak beli tiket keretapi nak balik jumpa buah hati hujung minggu ni insyaAllah :) (oh, berbunga-bunga hatiku..hehe) memang teman tau, parking dekat kl sentral memang mahal...kalau tak salah teman, dlm RM4 sejam...hmm, sejam parking dah boleh kenyang makan tengahari kan...tu la dia harga parking di kl sentral...

Jadiknya, turun2 je teman daripada kereta, terus teman berjalan pakai turbo menghala ke tempat jual tiket...sementara nak ambik nombor....tgk jadual etc, ada la dlm setengah jam teman kat situ...

Dapat je tiket, terus teman on on balik v power, terus berjalan ke mesin bayar parking tu...dlm hati berdebar le jugak...takut2 terlebih sejam teman kat situ...(hehe...sebenarnya ada la jugak cuci mata sikit2 bila ternampak baju2 and kasut2 dkt kl sentral tu..ehem...tapi kejaaaaaap je) dlm hati teman, kalau terlebih 5 min pun, dah RM8 tu...kenyang sehari dah tu kalau nak ikut kan....dup dup....

Sesampainya teman dkt mesin tu....ternampak, 1 family cina tgh bayar....belakang family cina tu ada sepasang suami isteri melayu...lepastu baru teman punya turn...

Mula2 teman tak perasan, tapi tetiba teman terdengar isteri couple melayu tu bisik kat suami dia "Eh..mahalnya bang...mcmmana ni...."

Bila dengar je camtu, terus teman intai harga parking yg family cina tu kena bayar....teman nampak nombor 4....tapi apa hal berhelai2 duit kertas ditelan mesin tu, tapi cukup2 lagi????rupa2nya........RM40!!!! Ya Allah, mak datuk!!!!parking ke apa ni???!!....menggaru2 kepala uncle cina tu mengeluarkan duitnya...kejap ditoleh kat bini dia...kejap adiknya pulak mengkorek dompetnya...merata2 ahli keluarganya tolong hulurkan duit....masing2 muka masam and konpius je nak bayar parking kereta tu...yg riang ria masa tu siapa tau??cuba teka??

Hehe...yg seronok masa tu cuma anak2 kecik family cina tu aje...beriang ria mintak duit daripada mak ayahnya nak tolong masukkan dalam mesin tu....

Teman mengalihkan pandangan kepada couple melayu kat depan teman ni pulak...nampak mcm org awam biasa..mcm kita2 jugak...mungkin tua sikit drp teman...isteri dan suami dua2 sedang mendukung anak2 mereka yg sedang tidur..pakaian anak2nya kelihatan lusuh..mcm dah pakai dan dibasuh berulang kali...kelihatan peluh menitik daripada leher si suami...ntah apa yg difikirkannya pada waktu tu...si isteri makin gelisah...tak duduk diam...bergerak sana sini...kejap2 ditolehnya pada suaminya...tapi agaknya sbb si suami taknak merisaukan isterinya, dia cuma tgk straight je pada mesin tu...

Entah kenapa, teman tersentuh melihat situasi yg berada di depan teman waktu tu...tetiba bergenang pulak mata teman, mcmmana kalau harga parking mereka sampai RM80 or Rm100??adakah teman nak offer bantuan??pelikkah kalau teman tetiba nak tolong sikit???apakah mereka akan tersinggung???

Dalam susana tegang mcmtu, tetiba famly cina tu pun beredar setelah mesin itu melahap sbyk RM40 duit mereka...tibalah giliran pasangan melayu tu...tangan si suami menggeletar memasukkan tiket ke dalam mesin..........

Teman menarik nafas........

RM 24

Hembus nafas....mujur tak banyak sangat...tapi BANYAK LA JUGAK KAN????SEMATA2 UNTUK PARKING!!!

suami tak berkata apa2..senyap je..perlahan2 si suami masukkan duit sehelai demi sehelai ke dalam mesin pelahap tu...ntah apa yg difikirkannya....agaknya dgn bayaran parking tu boleh menampung kos susu anak untuk sebulan??

teman buat2 tanya pada si isteri...."berapa sebenarnya sejam ni kak?"

"empat ringgit...mahal betul...kami tadi bawa anak2 jalan2 naik keretapi pegi seremban...dah lama diorg mintak nak naik keretapi...tak sangka pula parking kat sini mahal betul...."

isteri menggelengkan kepalanya....masing2 senyap je..and bila dah habis bayar, si isteri sempat memberi senyuman kecil pada teman sblm beredar....

Itulah senario hari2 org2 di kuala lumpur sebenarnya...mungkin ada 5% komuniti kuala lumpur yg berkemampuan tinggi..tapi rata2nya hanya merupakan golongan sederhana yg sedar atau tidak, sebenarnya tersempit dlm kos sara hidup yg tinggi....

Bayangkan, tol merata2...satu tol RM1-2....ada yg kadang2 kena lalu sampai 4-5 tol nak pegi ke tempat kerja...so, apa macam??kalau tak bayar kena lalu jalan jauh, atau jam...so...mau tak mau...bayar....bayar...bayar.....tu belum masuk cerita petrol lagi ye...LRT pun dah naik harga sekarang ni compared to before...

Percaya tak kalau teman cakap yg kita di malaysia ni sebenarnya hidup dgn cara melebihi kemampuan kita...?percaya tak kalau teman cakap kita sebenarnya tak mampu nak hidup dgn cara yg kita hidup skrg....mcm beli rumah...kereta...etc....

Sbb, secara asasnya, kita patut beli sesuatu tu kalau kita ada duit yg secukupnya...setuju??

Contoh, kita nak beli pen harga RM2....kita perlu RM2, betul?

So, kalau kita takde duit RM2, mcmmana??kita kena la beli pen seringgit....tapi apakah pen seringgit tu pen idaman kita???apakah pen seringgit tu cukup untuk menampung segala keperluan dakwat kita?

Kalau tak cukup, mcmmana....ohh senang saja...inilah dia idea kapitalis barat yg telah berjaya mengenalkan sistem pinjaman kita supaya kita semua rasa mcm tak dapat lari drp menggunakannya..walaupun pada hakikatnya kita sebenarnya TIDAK MAMPU untuk memiliki pen RM2 itu....

dan, alang2 nak bagi kita pinjam duit, buat apa diorg bagi pinjaman sebanyak RM2 saja....diorg naikkan pula harga pen tu...jadi RM10....jadi, kita pun pinjam la RM10......

sedih kan???teman rasa sedih sgt....and kesian melihatkan org2 di kl ni sebenarnya...nak beli rumah, mahal...nak beli tanah, mahal...tapi kalau takde rumah..mcmmana...??mcmmana nak jaga anak2...susu mahal, pampers mahal...semua mahal....tu yg ramai warga kota yg duduk dkt kawasan flat....well, flats are different than condos okay....teman tau, sbb teman pun duduk flat skrg...kena byk toleransi, kena byk sabar dgn karenah org2 yg duduk dlm bangunan yg sama dgn kita...kalau dapat komuniti yg bersih bertamadun, takpe...kalau dapat yg pengotor???yg langsung tak kisah apa yg org fikir psl mereka????berasap jugak la kita kan...tu belum masuk isu upringing anak2 lagi tu...

And even these flats in kl are not cheap okay???Jadi, apa nak buat...?ambil pinjaman beratus2 ribu...bayar faedah double dgn harga tanah sebenar....nampak mcm jalan penyelesaian mudah..tapi sebenarnya mereka terus dihimpit...dihimpit...dan dihimpit lagi.....

teman tak nak mula ckp pasal kerajaan, politik etc..takde makna buat teman...

pada teman, kita semua kena berusaha sendiri utk memajukan diri dan keluar daripada kesempitan hidup ni...kita kena kreatif,kita perlu inovatif dan ada semangat daya saing utk menyara diri dan keluarga...buat lah apa saja yg boleh, selagi halal dan jalan ke rezeki itu merupakan jalan yg diredhai Allah, let's do something for our family, race and religion!

Pada sumi san, i tak sabar nak balik kulim, tempat where u can still get kuih seposen sebijik!!! :)

Tu aje cerita teman pada hari ni...pikir2 kan apa yg teman ceritakan hari ni ye...teman doakan kita rakyat malaysia akan sentiasa di bawah naunganNya...semoga rezeki kita melimpah ruah...dan semoga kita tidak lupa bersyukur dgn apa saja yg kita ada! :)

Wasallam.






Monday, June 6, 2011

serupakah kita??

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

Weehoooo...encik kambing!!ingat teman lagi tak??eh eh encik kambing ni..amnesia pulak....hehe...baru berapa bulan je teman tak tengok en kambing..terus en kambing lupa kat teman??alalalalala....jangan la merajuk en kambing...byk kali dah teman berniat nak melawat en kambing ni...masalahnya byk sgt benda dlm kepala teman ni...sampai teman tak sempat langsung nak jumpa en kambing...teman baru balik drp pulau jerejak tau en kambing...bawak anak2 yatim gi jalan2...seronok betul rasanya...bukan selalu dpt luangkan masa dgn budak2 tu...lain kali, teman bawak en kambing gi jalan pulak ye....

hari ni teman nak bawak kome berpikir skit...tentang satu golongan manusia ni.....Golongan yg kita selalu sebut dan dengar zaman sekolah dulu...Golongan yg kononnya beragama Islam, tapi sebenarnya berpura2...bagaikan duri dlm semak...eh eh...duri dalam daging....Golongan yg dikatakan akan diseksa dgn neraka yg paling bawah sekali di alam sana nanti....

Iya betul...golongan yg teman nak bawak kome berfikir hari ni...adalah golongan 'munafik'...and selalunya bila kita sebut 'org munafik' tu, selalu terbayangkan org2 arab jahiliyah yg bengis..yg jahat..yg selalu memusuhi nabi...tapi, bila teman dengar kupasan2 ustaz zahazan dlm radio ikim baru2 ni...mcm tak jauh sangat sifat2 munafik tu dalam diri kita..terutamanya dlm zaman yg penuh fitnah mcm skrg ni...ternyata, sifat2 munafik tu selalu kita jumpa dlm masyarakat kita...malah, kadang2 kita sendiri juga tidak lari dari melakukan dosa2 yg sama...Astaghfirullahalzim....moga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa2 yg sama....


Okeh, mari kita rewind balik zaman sekolah time 'pendidikan Islam' dulu..Apakah yg dikatakan dgn ciri2 org munafik ni??......

Sila...sila...siapa nak jawab....??

Rasulullah SAW pernah bersabda, ciri-ciri org munafik ni ada 3:
- kalau berkata, maka dia akan berdusta
- kalau berjanji, maka dia akan memungkirinya
- kalau diberi amanah, maka dia akan mengkhianatinya...

Hmm...sounds familiar??anda pernah menipu..?anda pernah memungkiri janji?anda pernah terlewat dan tidak menepati masa??anda pernah mengkhianati kawan2 anda??huhuhuhu...sadly to say, semua ni seperti perkara biasa dlm masyarakat kita...bukan kata masyarakat...teman sendiri pun tidak lari daripada dosa2 di atas...berapa kali kita 'tipu sunat' dkt boss kita?MC kononnya tapi rupanya ke mid valley...aduh...persoalannya: serupakah kita dengan mereka??

Teman nak bawa beberapa kisah sirah di zaman Nabi Muhammad SAW utk renungan semua...

Ingat lagi tak pasal Perang Tabuk??Perang Tabuk ni adalah perang terakhir Nabi Muhammad SAW...Kalau tak salah teman, ia berlaku pada tahun 9 hijrah...selepas pembukaan kota mekah...

Waktu tu bulan Rejab...musim panas...Umat Islam baru saja sampai di Madinah setelah merentasi padang pasir sejauh lebih kurang 500km daripada Mekah...masing2 penat dan amat menginginkan suasana keselesaan di rumah...ramai isteri2 yg gembira dgn kepulangan suami masing2 dan bersedia habis-habisan dgn perhiasan rumah yg menarik, tilam yg empuk, air sejuk buat suami tercinta...kebetulan, waktu tu juga..buah kurma pun baru masak ranum di pokok2..hanya menantikan utk dipetik saja...

Tiba2 datang seruan utk umat Islam berperang di Tabuk...berperang dgn org2 Rome yg merupakan kuasa besar di zaman itu (buat pengetahuan semua, umat Islam telah memenangi peperangan Tabuk ni, hebatkan mereka di zaman itu?) Mungkin ada yg akan tanya, Tabuk tu dekat mana pulak? Oh, jauh la jugak sebenarnya...lebih kurang 600km daripada Madinah....600km!!...kalau naik kereta pun mahu nak dekat 10 jam...punggung pun naik kematu...itu pun kita ada highway, R&R, kereta ada aircond...bayangkan mereka di zaman itu yg hanya berjalan kaki, menunggang kuda atau unta di tengah2 padang pasir yg panas terik...

Tetapi oleh kerana iman yg begitu kental di kalangan sahabat di zaman itu, mereka tidak teragak2 utk menyertai seruan nabi utk meninggalkan keselesaan rumah yg baru sgt mereka kecapi...terus menyiapkan kuda masing2 dan terus menuju ke Tabuk lillahi Taa'la...

Di kala inilah, ramai org2 munafik yg memberikan pelbagai alasan kepada nabi utk tidak turut serta..ada yg kata mereka sakit, ada yg kata mereka perlu memetik buah kurma utk dijual supaya tidak kerugian, malah ada yg memberi alasan takut utk berdepan dgn perempuan2 Rome yg cantik2, kerana takut tidak mampu menahan nafsu utk berzina dgn mereka...Astaghfirullahal azim....jauhkanlah sifat2 ini daripada kami Ya Allah..

Persoalannya: mudahlah kita utk melabelkan mereka2 ini sbg org2 munafik..namun, fikirkanlah kembali...seandainya kita di tempat mereka...adakah kita juga akan memberikan alasan yg bukan2 supaya kita terus dpt mengecapi keselesaan yg sementara ini????akankah kita menjadi cukup kuat utk terus bangun dan terus berjuang ke jalanNya???berapa kali kita berehat sepuas2nya sebelum menunaikan solat setelah mendengar azan??itu baru seruan azan, belum lagi seruan utk berperang my sisters and brothers..serupakah kita dengan mereka???

Cerita kedua teman buat adinda2 sekalian...Ada suatu hari ini, Nabi SAW telah menyeru para muslimin utk bersedekah...

Datanglah seorang sahabatnya yg membawa segantang buah kurma...kata sahabatnya, beliau mempunyai 2 gantang buah kurma di rumah, maka disedekahkannya segantang ke jalan Allah...nabi SAW menerimanya dengan senyuman...Namun walaupun sedekahnya begitu ikhlas...ada juga suara2 sumbang daripada golongan munafik..kata mereka "kalau setakat nak bagi buah kurma, baik tak payah bagi..."

Kemudian, dtg pula Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan di zaman Nabi SAW yg telah dijanjikan syurga drp Allah SWT...Abdul Rahman telah mendermakan 100 (tak berapa pasti ukuran dlm bahasa arab, tapi kira banyak betul la) emas...Saidina Umar terkejut apabila mendengarnya, dan bertanya "Apakah kau sudah gila, ya Abdul Rahman?" Abdul Rahman dgn tenang menidakkan pernyataan itu dan bertegas utk menyedekahkan emas tersebut ke jalan Allah. Nabi menerima sedekahnya itu dan mendoakan Abdul Rahman...namun, walaupun kali ini sedekah yg begitu banyak diberikan ke jalan Allah, org2 munafik tetap menyuarakan kritikan2 mereka..."Abdul Rahman tu memang suka berlagak, suka menunjuk-nunjuk kekayaannya"....kata mereka..

Datang pula seorang sahabat yg berkulit hitam membawakan seekor kuda yg begitu cantik utk disedekahkan ke jalan Allah...Org2 munafik terus mentertawakannya dan mengatakan yg kuda itu lebih cantik daripada tuannya...Nabi Muhammad SAW terus mencela mereka dengan mengatakan yg mereka itu semuanya penipu belaka...malah Nabi SAW mengatakan bahawa lelaki itu lebih baik daripada mereka, dan lebih baik daripada kuda tersebut...dan spt biasa org2 munafik itu akan memberikan alasan yg sama...."kami hanya bergurau sahaja, ya Rasulullah"

Itulah lagi sifat munafik...yg hanya suka mengkritik org lain...tanpa ada apa2 usaha daripada diri sendiri...bila diberi sedikit, dikutuknya mcm sedekah itu tidak berguna, bila diberi banyak, dikutuknya kata suka menunjuk, bila dah tak tau apa nak dikutuknya, dikutuk pula wajah si penderma...

Persoalannya, pernahkah kita mengkritik org lain tanpa asas???tanpa ada usaha penambahbaikkan daripada diri kita sendiri...kutuk sana...kutuk sini...tapi kita hanya berpeluk tubuh sambil memandang sahaja....serupakah kita dengan mereka????

Serupakah kita dengan mereka wahai kome2 sekalian??pikir-pikir kan ye...

Satu lagi pesan nabi SAW yg teman dengar dlm radio haritu...lepas solat, jgn cepat2 tinggalkan masjid ye...seolah2 kita punyai byk hal2 duniawi yg lebih penting daripada Allah SWT...kerana itulah sifat org2 munafik..yg sekadar berpura2 dtg ke masjid utk memuaskan hati nabi SAW....

Kesimpulannya, marilah kita bersama2 bertaubat kpd Allah SWT dan pohonlah kpdNya agar terpelihara drp sifat2 keji munafik ini...kerana sesungguhnya kita mendambakan rahmat Allah di akhirat kelak...dan semoga kita menjadi manusia yg lebih sempurna tanpa sifat2 itu...Amin amin ya Rabbal A'lamin :)

Wasallam.

(note: cerita2 sirah di atas teman petik daripada siaran 'tafsir Al-Quran' bersama Ustaz Zahazan Mohamed setiap Isnin-Jumaat, pukul 6.30 pagi dan siaran ulangan pukul 8pm...sekarang baru sampai surah At-Taubah..byk lagi yg boleh belajar ni...mmg best sgt kupasan ustaz...jom dengar n belajar sama2!! ikim fm 91.5 di kuala lumpur - kena mintak komisyen drp ikim ni..hehe)