Sunday, July 3, 2011

"err..anak saya ni lelaki ke perempuan, Dr..?" :(

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Pekabar en kambing...teman saja dtg melawat en kambing kerap sikit...walaupun baru je dtg haritu...ntah kenapa..melonjak2 rasa sedih kat hati ni..rasanya bila cerita insyaAllah rasa lega sikit kot...huhuhu...

Sejak sebulan yg lepas, teman buat posting neonatology...neonatology ni adalah dlm bidang kepakaran kanak2 juga..tapi spesifik untuk anak2 baru lahir sehingga umur 1 bulan...so basically we deal with small babies...mostly are premature babies (bayi pra matang) or babies yg cukup bulan tapi ada penyakit yg dijangkiti sewaktu dalam rahim, atau baby yg menerima kecederaan sewaktu proses kelahiran...Semua hospital ada wad neonatal rasanya...selalunya, penuh dengan incubator (sejenis kotak yg adjustkan suhunya menjadi lebih kurang mcm suhu dlm rahim) dan penuh dengar pelbagai mesin2 yg berbunyi tenot..tenot sana sini...the atmosphere dlm wad neonatal and especially neonatal ICU ni selalunya tegang..because the babies are ill and since they cant talk, the doctors will be doing the guessing job of what the babies are trying to tell us...ala, lebih kurang kalau anak mi-ke menangih tak tentu pasal waktu malam..bagi susu tak mau, pampers tak basah, perut tak kembung...tapi melalak mcm la kena pukul...hmm stress kan??mcm tu lah yg dr2 dlm neonatal ICU ni akan rasa kalau baby tak sihat...

So, mmg sebulan yg lepas..teman tak berapa happy sgt buat posting neonatology...kesian sgt tgk baby2 yg kecik2 tu kena cucuk sana sini...wayar2 berbelit sana sini...lepastu baby2 tu punya la kecik (around 700-900 grams, gula sepeket kita beli kat kedai pun lagi berat) nak menangis pun tak larat...tapi nak buat mcmmana...kalau tak buat mcmtu, mcmmana nak baik..so, kuatkan hati...niatkan utk cuba pulihkan anak2 tu saja...

Dalam keadaan teman yg tak berapa gemarkan suasana di neonatal ICU and nak cepat2 habiskan posting tu, tetiba seminggu sebelum sempat teman ucapkan sayonara, lahirlah seorang bayi yg bergelar 'khunsa' dan dimasukkan ke dalam wad neonatal ICU tu...(ingat tak lagi cerita teman pasal khunsa/ambiguus genitalia dulu?kalau nak refresh balik memory, boleh click
di sini ) Khunsa, seperti mana yg kita faham, mempunyai 2 alat kelamin...tapi masa teman sekolah dulu, bila ustazah cakap mcmtu..teman terbayang 2 alat kelamin sebelah menyebelah...hehe...tapi setakat pengalaman teman bekerja selama ni, tak pernah lagi teman berjumpa kes mcm tu...dan teman buat kesimpulan 'ambiguus genitalia' atau 'jantina yg tidak dapat dipastikan' ini adalah dlm kategori khunsa...kalau ada yg rasa mcm teman tersilap, tolong betulkan ye...

'Ambiguus genitalia' yg baby ni ada rupanya mcm 2 dlm 1...clitorisnya besar..hampir mcm penis...tapi tiada testes...maaf, kalau ada yg tersinggung...sekadar nak beri kefahaman pada org awam tentang ambiguus genitalia...dan rupa alat kelamin dlm kategori 'ambiguus' ni bukanlah standard kpd satu rupa saja...boleh jadi berbeza2...cuma yg pasti, ia tak dapat dipastikan jantina apa pada mata kasar...

The reason baby ni masuk neonatal ICU adalah sebab kita risau ada masalah hormon yg boleh menyebabkan baby ni mengalami kekurangan garam yg teruk dan boleh membawa maut seandainya lambat dirawat..so, baby yg adalah masalah ambiguus genitalia ni selalunya akan dimasukkan terus ke wad neonatal ICU utk pemerhatian awal utk mengelakkan kejadian yg tidak diingini..

Jadinya, biasalah...bila ada kes2 yg pelik2 sikit mcm ni, selalunya byk org yg akan tengok kes mcm ni secara rapi sikit...tiap2 kali specialist dtg...semua akan perhatikan alat kelamin baby tu secara dekat..siap ambik torchlight suluh lagi...and tiap2 kali specialist tgh periksa baby tu, kedua2 ibu bapaknya akan berdiri dari jauh dgn muka yg amat risau menunggu apa2 report drp para Dr...and walaupun telah diterang berkali2 perkara yg sama,teman masih boleh nampak dgn jelas kerisauan dan pelbagai tanda soal di muka mereka...

Nak dijadikan cerita, ibubapa baby ni adalah pasangan Melayu yg amat muda...bapanya berumur 24 tahun, ibunya baru 21 tahun...anak sulung mereka...sewaktu antenatal/kehamilan, jantinanya tak dpt dikenalpasti melalui scan..jadi masalah ni hanya dpt dikesan selepas kelahiran...bayangkan betapa terkejutnya si ibu apabila tak tahu nak jawab apa bila staff nurse bertanyakan 'anak apa?' sejurus selepas kelahiran anak tersebut....

Menitik air mata teman bila melihat kebingungan mereka...ada sekali si bapa bertanya...

"Dr, apa yg saya nak letak dlm bahagian 'jantina' dlm surat beranak..?"

Teman telan air liur..."Takpe, encik tak payah daftar lagi..tunggu keputusan kromosom dulu..lepas tu baru encik pergi daftar..."

"Oh...ye ke...saya betul2 bingung ni Dr...tak tau kenapa jadi mcm ni....tak tau nak jawab apa bila org tanya...isteri saya dah off telefon...sehari suntuk org telefon ucap tahniah...tapi bila org tanya 'anak apa?'..kami tak tau nak jawab Dr...."

Teman tunduk....tak tau nak kata apa....sudah tentu khabar berita mendapat cahaya mata adalah suatu berita gembira yg dikongsi dgn family dan sahabat handai...tapi di kala kita gembira menelefon dan meng'update' status di facebook, ada yg bingung dan bercelaru sama ada mahu dikongsikan berita itu atau tidak...air mata mula bergenang...tapi teman tak mahu si bapa nampak.....teman kuatkan hati...

"mak ayah saya dah kata mcm2 kat saya...ada yg kata saya terkena tulah...orang kampung tak payah cakap la Dr, mcm2 diorg tengah cakap pasal saya dan isteri sekarang ni...ada yg kata sbb saya berdosa itu ini.....saya pun tak pasti sama ada ini ujian atau hukuman...."

"Encik bersabar byk2 ye...ini semua ujian Tuhan...yg penting, anak encik sihat...tengok baby2 yg lain...mcm2 wayar sana sini....anak encik tak perlu tube apa2 pun, dan masih boleh menyusu badan....insyaAllah, sampai masanya, selesai la masalah ni..."

teman tak mampu nak cakap panjang2..lepas teman angguk kecil dan minta diri..terus teman pegi ke bilik baby tersebut dgn tujuan nak buat routine ward round...sesampainya di bilik tu, kelihatan si ibu sedang tersenyum sambil membelai anaknya dengan manja sekali...tak ada sikit pun prejudis di wajahnya..biarlah org nak kata apa pun, anak kecil yg tidak berdosa ini telah dikandungnya selama 9 bulan...dan anak itu tetap anak yg akan dibela dan disayangi olehnya dengan sepenuh hati walau apa tohmahan yg diterima...

teman kuatkan hati dan bertanyakan si ibu dgn soalan2 routine harian...si ibu menjawab dgn senyuman manis...bagaikan bahagia melihatkan si anak kecil..sesekali berkerut dahinya bertanya status tekanan darah etc..teman jawab dgn tenang dan cepat2 meninggalkan bilik tu sebelum air mata menitik ke nota...

Itulah masyarakat kita...yg adakalanya lebih suka menghukum daripada memberi sokongan...apalah dosa anak itu...dan siapakah kita utk menghukum dan menjadi prejudis terhadap ibubapanya...???

hmm..itu la teman kata, teman tak seronok dekat neonatal ICU ni....so, basically..sekarang ni, kita tgh tunggu keputusan chromosomal analysis baby ni...chromosomal analysis ni akan bagitau kita sama ada baby ni xx atau xy....dan lepas kita tau xx atau xy, barulah si bapa boleh mendaftar surat beranak...dan bila baby dah besar sikit..barulah kita boleh refer plastic surgeon utk construct alat kelaminnya menjadi salah satu drp jantina berdasarkan keputusan chromosomal analysis tersebut...

Pada teman, ini adalah ujian Tuhan buat ibu bapa tersebut...mcm2 ujian yg Allah turunkan buat hamba2Nya..dan kita hanya mampu bersabar dan berikhtiar sebaik mungkin dlm menghadapi ujianNya..Jgn sesekali kita melabel org lain dan menghukum mereka...sebaliknya bersimpatilah..dan berilah sokongan baik dari segi apa jua yg kita mampu..

Teman doakan moga Allah berikan kekuatan buat kedua2 ibubapa tersebut..insyaAllah, masa depan akan nampak lebih cerah as time goes by...dan buat anak itu jua...moga dia juga akan faham..bahawa yg paling penting di dlm dunia ini adalah taqwa kepada Yg Maha Esa....bersyukur lah dengan apa yg kita ada...selagi mampu bernafas dan menghirup udaraNya...katakanlah...Alhamdulillah :)

p/s: kudos kepada semua Dr2 di neonatal ward yg begitu berdedikasi menjaga anak2 ini bagaikan anak2 anda sendiri....

Wasallam.

6 comments:

  1. salam kak sarah. saya selalu baca cerita akak tentang kisah belakang tabir hospital ni.

    dan kita tertarik nak tanya pasal khunsa ni jugak la. kita selalu dengar pasal "transgenders" yang kata, kami lelaki tapi naluri kami perempuan. ada yang cakap,dulu diorang khunsa (ada dua kelamin) tapi mak bapak diorang yg decide untuk diorang sama ada jadikan anak mereka lelaki atau perempuan. kira macam mak abah silap percaturan la. jadi mereka seolah-olah salahkan parents diorang. jadi ada yang persoalankan, golongan ambiguus genitalia patut diberikan peluang untuk membesar sebelum ditentukan jantina mana yang diorang lebih cenderung. ini untuk elakkan kes macam ni la. macam dulu pun rasanya ada cerita zaman Rasullah s.a.w yang hamba tu wanita tapi boleh tidur dengan hamba wanita yang lain. kira bagi chance diorang besar dulu la before decide jantina.

    jadi rasanya apa pendapat akak dalam kes ni? maybe soalan ni mcam nonsense dari pihak medical or professional, tapi sebagai orang yang curious dan langsung tak ada pape pengalaman dalam ilmu medical ni saya nak tahu jugak la pendapat pakar. hihi

    this is just a thoughts from my curious mind. kalau tak nak jawab pun takpe. hehe

    ReplyDelete
  2. tetiba terimbas balik kenangan di nicu selama 71 hari 3 tahun lepas. Huhu..

    ReplyDelete
  3. azyan: pls refer to my latest post ya..thanx!! :)

    mirah: la..ye ka..tak tau pun...kenapa hari tu??

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. http://yatun92.says.com/recommendations/merdeka-everyone-connects

      Delete
  5. Permanent Doctor Diperlukan (Urgent!)

    Greetings !

    Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut : 

    Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month 

    Requirement 
    - preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak 
    - doctor with valid APC 
    - flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik) 
    - high tolerance level 
    - High discipline level 

    Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete