Friday, October 12, 2012

Psikiatri Komuniti :)

Bissmillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

En Kambing..apa khabar...hari tu teman dtg singgah kejap dkt kandang...baru teman bercerita separuh jalan, en kambing dah tersembur2 menangih...kensel separuh jalan, teman x jadi cerita...tunggu en kambing dah stabil balik, lain kali baru kita buka cerita tu semula ye...

Semalam ni kawan se-koridor teman, En Mizwar Abduh (bukan nama sebenar) ada mintak teman bagi komen sikit pasal kejadian amuk dekat putrajaya tu...baca kat sini ye...teman idak le nak komen apa2..agaknya sungguh le perempuan tu mmg ada masalah psikiatri..wallahu'alam...

Apa yg teman tau, bila keluar cerita tu smlm, teman tetiba teringat...masih ada lagi cerita masa teman buat attachment dipsikiatri yg teman belum cerita sini :)

Alkisahnya, masa teman buat attachment di psikiatri hukm dulu, selain menengok patient di wad dan klinik..teman kena jugak buat rotation di bhg psikiatri komuniti...bila dgr org cerita, komuniti psikiatri ni best jugak...sbb byk jalan2 ziarah patient di rumah...komuniti lah katakan :) masa awal2 tu teman saspen la jugak..berapa org yg pegi??kalau apa2 jadi, apa aku nak buat...hehe..ternyata tak matang betul pemikiran tu...bila teman tengok staf2 yg pegi tu..semua rileks je...takde mende nak takut...selalunya patient2 psikiatri ni kebanyakannnya stabil...sekali dua je dpt yg amuk bawak parang begitu...hehehe...

Komuniti psikiatri ni adalah satu team di bawah jabatan psikiatri yg mana team ni akan menziarah pesakit2 yg disahkan stabil di rumah & memberi rawatan kepada pesakit2 ni di rumah mereka...Team ni agak besar- ada doktor, misi, paramedik, kaunselor, psikologis & terapis carakerja...selalunya pesakit2 ni ada masalah utk dtg ke klinik (masalah kenderaan etc), jadinya utk mengelakkan drp mereka tertinggal rawatan, team psikiatri komuniti ni sedia berkhidmat utk pesakit2 :)

Teman ingat lagi 1st time teman ikut mereka naik van, misi2 dan paramedik2 semuanya lawa2 & hensem pakai baju jalan2...tak pakai uniform pun...tujuannya utk mengelakkan stigma daripada jiran2...apa pulak org kata nanti ye..kalau sekali seminggu ada misi dtg rumah bagi ubat....nampak sgt ada penyakit tak stabil...teman mengangguk senyum...betul jugak ye...

Kitorg pegi nak dekat 5 rumah jugak haritu....pengalaman dgn patient tak payah cerita lah..mmg kelakar....ada yg sampai marah teman sbb tak lahirkan lagi anaknya setelah 7 tahun mengandung...tapi apa yg teman nak cerita dekat sini adalah kegigihan team komuniti psikiatri ni dlm memberikan yg terbaik utk pesakit2 mereka...mula2 teman ingatkan tugas mereka sekadar memberi ubat suntikan, top up ubat2 pil...tapi rupa2nya mereka lakukan lebih 100 000000xxx daripada tu :)

Sesampainya di rumah pesakit, deme akan bersihkan sikit apa2 yg patut...kadang2 sampai buat gotong royong bersihkan rumah pesakit...semak samun, lalang semua di tebas...barang2 tak berguna, sampah semua dibuang...

Lepastu hehe..masa utk menyolek pesakit..hehe...capailah apa yg ada...kalau ada sikat, disikatnya rambut elok2...diikat kemas2..kekadang kalau pesakit belum mandi, deme akan suruh pesakit mandi dulu, lepastu lagi best bersolek..

Kalau pesakit nampak agak serabai, rambut, kuku dah panjang, deme lagi seronok..abih semua dibersihkan :)



 Yeahh, adik paramedik kita dah mula mencukur misai patient..


Okay, adik perempuan terapis carakerja pun dah mula memotong kuku...


Sorang lagi adik paramedik menggunting rambut pesakit :)

Lepas dah siap semua tu..deme akan sama2 pastikan ubat patient cukup sehingga lawatan selanjutnya...dan untuk memastikan patient mudah ingat nak makan ubat, mereka bersungguh2 buat carta macam ni supaya patient tak lupa :)


Hmmmm.....bagus takkk???? Teman sgt tersentuh masa tgk carta ni pertama kali...besaq tau...besaq kad manila tu...jadinya, kalau patient lupa atau degil nak makan ubat pun, kurang2nya kami boleh kesan le :)

Lepas dah selesai sebuah rumah..benda yg sama akan dibuat ke rumah seterusnya....so, kome boleh agak la betapa letihnya teman bila dah selesai semua rumah tu...tup tup, masa nak balik tu, teman tengok kitorg ambik jalan lain pulak...bukan ke arah hukm...teman tanya misi..'kita nak ke mana ni?'

'Nak pegi stesen bas kejap Dr, nak tolong carikan keje utk patient tadi tu'

Hah??tolong carikan keje utk patient??sampai mcmtu sekali u all berkhidmat utk patients ye :)) terharu benor le teman waktu tu...tapi teman terpikir pulak...nak cari keje apa?pemandu bas ke??hehe...bila sampai di sana baru le teman paham....nak dicarikan keje sbg cleaner sbb patient tu dah stabil dan perlu menyara diri sendiri....masa kat stesen bas tu, pegawai psikologi pulak yg main peranan hantar resume patient dan memberikan keyakinan pada majikan yg patient tu dah sihat dan stabil :)) suka teman...majikan pun nampak puas hati & takde masalah...rupa2nya sblm ni pun team komuniti psikiatri ni pernah hantar pesakit mereka utk bekerja di sana..dan rata2 pesakit2 tersebut semuanya bekerja dgn rajin, takde mengulor mcm sesetengah kita ni ;p


Ni gambar kami kat stesen bas tu...whole team of community psychiatry..muka puas hati sbb berjaya dptkan pekerjaan utk patient :)

On the way balik dari stesen bas tu, tetiba adik perempuan terapis carakerja tu tanya teman,' Esok Dr free?'
'Ada kelas esok, kenapa?You all ada nak pegi mana2 ke?'
'Ha'ah...nak bawak patient2 jalan2 tengok kilang roti'

Hah??bestnya!! tapi tak boleh ikut...huhu...'You all mmg selalu bawak patient jalan2 ke?'

'Selalu jugak Dr, dlm 2 minggu sekali...diorg pun takde siapa nak bawak jalan kan...daripada tak buat apa2, baik kami bawak jalan2..kurang2 diorang dapat rasa mcm org biasa...selalunya pegi dkt tempat yg diorg boleh belajar something la, Dr..'

Teman senyum lagi...banyak benor jasa mereka2 ni pd patient2 psikiatri hukm ni..mmg beruntung la pesakit2 psikiatri di sana...dah la mereka ni kreatif fikirkan mcm2 cara utk menghiburkan patient2 tu, buat pulak dgn hati yg ikhlas, muka yg manis, tak marah2 atau sekadar melepaskan batuk di tangga (betulkan pepatah teman ni ? hehe)...Moga Allah memberikan ganjaran berlipat2 kali ganda buat mereka semua :)

Balik je daripada home visit, teman masuk pula meeting dgn pihak polis..mereka bermesyuarat mcmmana nak handle pesakit2 psikiatri yg mengganas di rumah...apa caranya utk dibawa ke hospital etc...panjang jugak meetingnya...akhirnya mencapai kata sepakat dari kedua2 pihak polis dan kesihatan tentang cara2 nak handle aggressive patients...it's always nice kalau wujud kerjasama daripada 2 badan berbeza...sbb kepakaran kita berbeza, and we cant deny that we all need one another...

Teman balik ke rumah dgn hati yg riang haritu...akhirnya menjadi saksi kpd khidmat kesihatan yg betul2 berkualiti..kalau mcm ni lah taraf servis yg kita mampu berikan pada pesakit di seluruh negara, who's to doubt that we're a developed country?? :))

Ketua unit psikiatri komuniti sewaktu teman buat attachment tu adalah Allahyarhamah Prof Ruzanna Zam Zam...Beliaulah yg banyak memberikan idea dan perancangan utk team tersebut sehinggalah team komuniti tu betul2 berjaya...Bila beliau tak begitu sibuk, beliau juga turut serta dalam home visit utk menziarah patient2nya di rumah...Namun, prof sudah tiada pada hari ni...Ternyata Allah lebih menyayanginya dan telah menjemputnya pulang pangkuan Illahi pada awal tahun 2012 ni...

Teman ingat lagi sewaktu teman buat posting tu, arwah selalu batuk2...disangkanya batuk2 biasa...namun bila sudah berlarutan & dibuat x ray, barulah dikesan tompok2 putih yg kelihatan seperti kanser di paru2...setelah dibuat CT scan, arwah disahkan menghidap Kanser Ovari tahap ke-4, kerana telah pun merebak ke paru2...

Seperti yg kita semua agak, mesti arwah begitu terkejut waktu tu..kami hendak melawatnya, tapi prof memberitahu bahawa beliau tak mampu hendak melayan tetamu...prof kemudiannya mengambil mc untuk beberapa bulan...

Namun, setelah lebih kurang 4-5 bulan prof mengambil mc, beliau tiba2 sambung bekerja...beliau bukan saja setakat merawat patients, tapi jugak mengisi jadual beliau dgn memberi ceramah 'How To Lead a Happy Life' kepada staf2 kesihatan etc..

Prof ada juga dtg ke jabatan teman utk memberikan ceramahnya...diceritanya bagaimana pengalamannya sewaktu mendapat tahu beliau menghidap kanser...mmg terkejut, depressed dan sebagainya..sampai lah satu ketika Allah memberinya ilham, 'sampai bila aku nak macam ni?memang semua akan mati, tapi tak perlu lah kita sekadar menunggu mati itu tiba' ;)

Jadi sbb tu arwah kembali bekerja...diceritanya kepada kami bagaimana suaminya pada tiap2 tahun akan book flight utk berjalan2 di luar negara...tapi pada tahun itu, suaminya mcm tak tau nak buat apa...arwah memberitahu lembut kpd suaminya, tempah sajalah tiket itu, kalau ada rezeki, kita pergi sama2... ;) masa tu mmg airmata audience semua dah berderu2 mengalir...melihatkan seorang wanita yg  sudah tahu ajalnya begitu dekat namun masih gagah bercakap di hadapan, memberikan semangat kpd org lain ;)

Di akhir kata-katanya, arwah memberitahu, 'Sebenarnya dari dulu saya tertanya2 kenapa Allah jadikan saya seorang psychiatrist...dan bukan kepakaran lain...lama saya fikir tapi saya tak pernah tahu jawapannya...tapi sekarang saya tahu...Allah jadikan saya seorang psychiatrist sbb Allah nak saya bersedia untuk hari ni...supaya kepakaran saya dlm memberi kaunseling & terapi kpd patients saya, dpt saya gunakan utk diri sendiri supaya saya tenang menghadapi hari2 akhir saya ini'

Ayat yg teman tak akan lupakan sampai bila2 insyaAllah...dan tiap2 kali teman ingat ayat ni, mesti hati teman tersentuh...ayat yg teman rasakan cukup matang, dari seorang yg tahu ajalnya akan tiba tak lama lagi...Selang 1-2 bulan dari ceramah tersebut, Allahyarhamah Prof Ruzanna Zam Zam meninggalkan kita pada 16/1/2012...namun legasinya tetap berterusan, khidmat komuniti psikiatri masih berjalan dan nama baik dan jasanya tetap menjadi ingatan...

Semoga Allah memberkati rohnya dan menempatkannya di kalangan para mukmin insyaAllah ;)

Al-fatihah...


Wasallam.





11 comments:

  1. Replies
    1. paramedik bidang psikiatri..banyak cabaran nya...tapi mereka ni tetap tabah meneruskan tugas mereka..semuga ALLAH membalas segalanya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Di kawasan sungai petani, di Hospital Sultan ABdul Halim ada x cmni? plez give me info..

    ReplyDelete
  4. syabas dan tahniah kepada tuan tanah dan sahabat-sahabat yang membantu di wad tersebut. saya pun baru sedar kewujudannya baru-baru ni. adik saya baru dimasukkan ke wad tersebut pada 6/6/2013. kami ahli keluarga tidak pasti cerita sebenar bagaimana adik dimasukkan di sana. bagaimanapun ucapan terima kasih kepada sahabat kepada adik saya yang telah membawanya ke sana. kami redha dan berharap adik sentiasa sihat dan kembali tenang di bawah lindunganNya. memang dia agak murung semnjak dua ni. lebih banyak berdiam diri dan sering menyalahkan diri sendiri. sangat rajin menelefon keluarga. saya rasa dia lagi banyak telefon saya berbanding saya telefon dia. mohon tuan tanah bantu saya dan beri idea macammana saya boleh sumbangkan sesuatu untuk kebaikan adik saya. saya sayang adik saya..

    ReplyDelete
  5. Thank you...atas pnulisan nii...:-)

    ReplyDelete
  6. Minta maaf sgt2, baru ternampak comment2 di sini..

    Pn Rokiyah Yaakub: Ya, servis ni ada di Hospital Sultan Abdul Halim.

    En Hairulazwan: InsyaAllah, dgn rawatan, pesakit2 mental mampu menjalani kehidupan mcm biasa. Saya ada beberapa pesakit schizophrenia yg mampu bekerja sbg guru, jururawat & mengendalikan hal2 rumahtangga. Keluarga & rakan2 memainkan peranan yg amat penting dlm memberikan sokongan. Treat your sibling like how you used to. Our aim of treatment is to bring them back to society, to function as one of the member in the society. InsyaAllah, with the help of family members, this aim can be achieved. Banyakkan solat & bersabar.. La tahzan, Innallahu Maa'na :)

    ReplyDelete
  7. Saya nk ucap TQVm, semoga Allah Taa'la membalas jasa anda n blog ni..Staf2 di H Sultan Abdul Halim Sg. Petani sgt baik n memahami termasuk doc2 yg bagus2.. Baru lah sy sefamily terasa sgt lega even dilanda cabaran n dugaan ini..TQVM ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seronok rasanya bila penulisan saya dapat bagi manfaat pada org lain :) Semoga Pn Rokiyah sekeluarga sentiasa berada di bawah rahmat & jagaanNya insyaAllah :) Sesungguhnya Allah tidak membebani hambaNya melebihi daripada kemampuannya (Surah Al Baqarah, ayat 286)

      Delete
  8. Salam seronok membaca entry ini. Saya seorang Ibu yang mempunyai seorang Anak perempuan yang sakit Schezophrenia . Setelah membaca artikel ini saya kembali bersemangat. Sebenarnya saya tak tau dimana nak dapat rawatan macam ni. Anak saya dah lama sakit lebih kurang 10 tahun.....dirumah dia sentiasa dudk sorang....tak Mau makan ubat dan sentiasa negatif. Jika ada pihak yang boleh bantu saya ini ni tel saya 0162190876

    ReplyDelete
  9. Salam saya rabiatul sy nk tnya saya selalu jd mood x menentu kadang to jd mcm mudah nk marah2 dgn ank2 pon sy jd mcm susah nk uruskan dh 2 thn sy jd mcm ni rasa cm x semangat nk bt apa rasa jiwa kosong rasa stress sgt2 boleh awak bantu sy mcm mna nk kluar dri masaalh ni sy rasa dh x mampu nk hadapinya plss tlg sy

    ReplyDelete