Thursday, December 9, 2010

someone named 'natrah'

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Hi encik kambing n pelawat2 sekalian...teman datang lagi dgn cerita2 hikayat hang setia...hehe...lama tak tengok cerita tu...teman ingat lagi masa kecik2 dulu, rtm 1 selalu pasang cerita tu...kengkadang tu dah takde cite lain, teman pun layan aje le hang setia tu...hehe...

Dua minggu lepas, teman telah merealisasikan impian teman utk tgk teater 'natrah'...daripada tahun lepas teman nak tengok teater ni...tapi by the time teman dpt tau, teater tu dah abis pun ditayangkan...frustnya teman waktu tu...so teman pun email la istana budaya..mintak agar diulang teater tu pd tahun ni...tup tup, teman dgr teater tu akan diulang sekali lagi 'atas permintaan ramai'...hehe....agak2nya pasal email teman tu la kot deme ulang balik cerita ni...hehe..perasan la plak....

Pernah dengar pasal natrah?mungkin generasi kita ramai yg tak tau...tapi balik rumah nanti, cuba tanya mak ayah, atuk nenek kita...kemungkinan besar mereka tahu...sbb isu natrah ni cukup hangat zaman dulu2, sampai mencetuskan rusuhan di singapura..dlm 50-an ke 60-an...atuk teman yg sakit Parkinson tu pun ingat siapa natrah...nasib baik atuk tak kirim salam kat maya karin je...heheheheh....

Sebelum teman pergi teater tu, teman google dulu siapa natrah ni sebenarnya...Natrah atau Huberdina Maria Hertogh adalah seorang anak Belanda yg telah diserahkan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua di Indonesia...disebabkan risau akan keselamatan natrah, ibunya meminta wanita Melayu yg bernama Aminah ni utk menjaga natrah utk sementara waktu...malangnya ibu kandung natrah telah ditangkap oleh tentera jepun...
jadinya Aminah pun membawa natrah ke Kemaman, Tanah Melayu dan dijaganya bagai anaknya sendiri...natrah diajar mengucap 2 kalimah syahadah, diasuh sebagai seorang anak Islam...anak melayu...malang sekali nasib natrah...bila dia meningkat remaja, seorang lelaki Inggeris yg sedang menjajah negara kita waktu tu telah ternampak natrah di sekolahnya..dan telah menghubungi ibu bapa kandungnya di Holland...dan semestinya mereka hendakkan natrah pulang ke pangkuan mereka...

waktu ini lah berlakunya perebutan kuasa...Aminah dgn mudahnya telah tertipu dgn helah penjajah laknatullah ajma'in...dan dalam keadaan terdesak, aminah telah mengahwinkan natrah dgn seorang guru melayu bernama mansor adabi (lakonan remy ishak...oh, adamku)..dgn tujuan menguatkan sebab musabab kenapa natrah perlu kekal di tanah melayu...namun walaupun mcm2 ikhtiar dibuat oleh makcik aminah dan cendekiawan2 di waktu tu, keputusan mahkamah Inggeris tetap memutuskan supaya natrah dipulangkan kepada keluarganya di Holland...isu ni agak hebat jugak la time tu, sbb kedutaan Holland sampai berunding dgn Queen of England waktu tu agar natrah dipulangkan ke sana...

lakonan maya karin sbg natrah dan umie aida sbg aminah sgtlah berkesan di hati teman sehingga berjaya meragut titisan air mata sehingga terhinjut2 bahu teman ye...bercampur baur perasaan teman waktu tu...
marah sbb senang2 nya aminah tu telah ditipu..

sedih sbb natrah hilang haluan dan arah tujunya...
and marah gile pada penjajah yg sememangnya membuli kita sewenang2nya di tanah kita sendiri...bayangkan, mereka masuk ke negara kita...bawak masuk undang2 negara mereka di tanah kita...and memaksa org2 kita utk akur dgn undang2 mereka....aduh....sampai skrg teman masih marah dgn keangkuhan penjajah2 ni....
and nampaknya bukan teman aje yg marah...org2 melayu singapura yg diketuai oleh tokoh2 hebat zaman tu seperti Karim Ghani, Dr Burhanuddin Helmi dan Mohd Taha Kalu pun marah dgn tindakan penjajah Inggeris..masing2 marah dgn pencabulan hak2 org melayu, malah cukup khuatir dgn pegangan agama natrah...

teman masih ingat skrip aminah yg lebih kurang mcm ni: "Aku tak kisah kalau Puteh (panggilan manja natrah) lupakan aku...tapi aku takut jika dia lupakan Allah....aku takut dia lupakan Tuhan kita...."Dengan disebabkan faktor2 dorongan inilah, pada 11 Disember 1950 org melayu singapura telah membuat suatu rusuhan setelah mendengar keputusan mahkamah Inggeris...marahnya org Melayu pd waktu tu tidak terkata...tragedi rusuhan itu telah dinamakan 'Tragedi Natrah' dan telah mendapat liputan meluas di seluruh Eropah...
Namun apakan daya, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleg org melayu pada waktu tu, natrah telah jatuh jua ke tangan mereka...sekembalinya natrah di Holland sewaktu berumur 13 tahun, natrah diasuh semula di gereja...dan dibesarkan dlm suasana kristian...natrah kembali menjalani kehidupannya sbg org putih..berkahwin dgn seorang lelaki dari holland dan dikurniakan dgn 13 org anak...

Dipendekkan cerita, pada 8 Julai 2009, natrah telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakit leukemia...dia telah mewasiatkan agar jasadnya tidak disemadikan..sebaliknya digunakan utk kajian penyelidikan di hospital utk mengkaji penyakit leukemia...tiada siapa yg tahu hati natrah sewaktu sakaratul maut menjalankan tanggungjawabnya...tapi di akhir teater natrah tu..kami semua tetap membacakan Al-Fatihah buatnya...moga2 Allah telah menetapkan hatinya....walaupun apa jua keperitan yg telah dilaluinya...

Hmm...hopefully tahun depan ada lagi la...teman nak pegi lagi..hehe..tiketnya agak mahal- paling murah $30..tapi bila teman tengok istana budaya tu, mmg teman paham la kenapa tiketnya mahal...stagenya hebat...boleh naik turun....propsnya hebat...siap ada props kapal besar bergerak kat stage tu...lepastu hilang...tetiba timbul pulak props rumah pesyen melayu dulu2...pastu hilang...pastu timbul pulak pokok....hehe....jamban je takde

masa nak balik tu, teman berkesempatan berjumpa dgn cast...hehe...dan sempat juga menyampaikan salam sumi san pada maya karin..
and she sweetly replied, "Oh..kenapa husband u tak datang...mm, takpe lah..kirim salam balik kat dia ye...."
Hehe...Boleh tido ke malam tu sumi san? ke mimpi jadi mansor adabi pulak? :)
Hehehehe...mm, ilmu tu penting kan?..baik dunia mahupun akhirat..kalau kita nak survive di dunia yg serba mencabar ni...kita perlukan ilmu...kerana tanpa ilmu, kita lah manusia yg paling lemah dan senang diperkotak-katikkan...and when we talk about knowledge, ia bukan lah dari satu bidang saja..we have to diversify...and we have to support one another as what Rasulullah SAW has taught us...
Sbg penutup, marilah kita sama2 memohon kepada Allah agar ditetapkan hati kita di dalam iman dan islam..dan jgn kita sekali2 lupa utk mensyukuri nikmat terhebat yg dianugerahkan oleh Allah kepada kita ni :)

Here are some pics taken that nite..

Interior istana budaya yg cun melecun...mcm dlm cerita phantom of opera plak kan..


the stage from where we were sitting

haha.. ni dia..the two adorable sarahs...

ini lah dia, gambar perkahwinan natrah dan mansor adabi...gambar ni from google..so kecik skit...and tak berapa clear

ini gambar Allahyarhamah makcik aminah...ibu angkat natrah..waktu ni makcik aminah tgh cuba menghalang natrah diambil oleh askar penjajah

ini gambar natrah waktu dewasa..she came to malaysia on 29 januari 1998 utk menziarahi kakak angkatnya di kemaman..waktu tu, makcik aminah telah lama meninggal dunia...sedihnya natrah tak dpt berjumpa semula dgn ibu kesayangannya...even her children knew that her heart partly remained in malaya...gambar perempuan di sebelah natrah tu adalah fatini yaacob..seorg wartawan yg membuat byk kajian tentang natrah...she wrote a book on natrah: cinta, rusuhan, air mata...it's a good book..if u wanna know about our nation's history..dan semangat perjuangan melayu pada waktu tu...cerita natrah ni takde dlm buku teks :)


Ni waktu ending teater natrah..this was when we recited Al-fatihah for her...i dont know if it was the right thing to do...tapi dgn linangan air mata, teman tetap membaca Al-fatihah buatnya...dgn harapan yg Allah tetap mengekalkan natrah disisiNya after all those time...

Haha...ni org perak mana pi ambik semua tandatangan pelakon2 ni...ish ish ish...teringin jugak rupanya...hehe....
Pada kome yg nak tau lebih pasal natrah n sejarah negara kita, silalah google ye..byk sgt cerita2 natrah n tragedi yg berlaku pada waktu tu yg patut kita mengambil iktibar daripadanya :)
Till then,
wasallam.









4 comments:

  1. teater natrah ni pernah siar dlm tv1. aku tgk dr mula sampai abis. mmg best lakonan umie dgn maya.

    ReplyDelete
  2. u know, i pelik. u ckp she passed away in the year 2009. baru lagi tu. she even came to malaysia in the year 1998 to visit her sister. malaysia dah maju dah pon masa tu, dah aman damai. so how come she can still die as a christian?

    ReplyDelete
  3. mmmm...ya i know..in a way, that's why many malaysians are quite dissapointed with her- that she didnt publicly convert back to islam...ada jugak yg kata sia2 je org melayu dulu beperang sana sini and last2 when she actually became an adult, dia tak convert pun...well, it's quite difficult for us to comment right?we dont really know what she went thru right there...how she was brainwashed etc...furthermore she was only 13 when she was brought back to holland...and holland is not a state where u can mendekati or practice islam easily rite...but somehow, i think she may have had her reasons for not wanting a catholic burial when she died...let's hope with all our hearts that she kept Allah as her secret lover after all :)

    ReplyDelete