bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt.
ampun le..sebok benor le teman sejak akhir2 ni...tak sempat langsung nak nengokkan kambing teman ni....
semalam teman gi mesyuarat pemeriksa jemaah haji kat aloq setaq....
teman dilantik sebagai pemeriksa bakal jemaah haji sebelum mereka berangkat ke mekah...
kiranya kalu teman tak sign buku deme tu, tak bleh pegi le....
teman faham di mekah/ madinah ni mcm2 keajaiban dan miracles yg boleh berlaku....kalau Allah izinkan, mcm2 yg boleh terjadi...org yg sakit tetiba sihat, yg buta tetiba nampak, yg tak boleh berjalan tetiba boleh pecut 100m...
tapi masalahnya, setiap tahun kadar kematian jemaah malaysia di mekah sgt ramai..tahun lepas saja ada 84 org...malah dalam ICU hospital arab yg ada 10 katil, 8 diisi oleh jemaah haji malaysia...hmm...jadiknya, boss besaq kesihatan, Dr Ismail Merican mintak kami kuli2 ni check betoi2 jemaah2 haji nih..kalu yg tak berapa sihat tu...rawat betui2 dulu...tangguh haji utk tahun depan, moga2 pada tahun depan pakcik2/makcik2 dapat melaksanakan haji dgn fizikal n mental yg mantap.
sememangnya haji bukan boleh buat main2..selain persediaan ilmu, perlu jugak ada kesediaan fizikal n mental yg kuat.tawaf lebih kurang 1km, saei 5 km...belum ambil kira cuaca, suasana org yg ramai, berjam2 duduk dalam bas nak ke mina, arafah...semuanya sebagai pengorbanan utk Allah SWT...
teman sebenarnya tak berapa suka buat keje memeriksa org ni...sbb tak sampai hati nak bagitau kat pakcik2/makcik2 ni yg depa tak layak nak pegi...contohnya mcm asthma teruk, jalan 10m dah semput...sakit jantung, jalan 100m dah sakit dada, darah tinggi sampai ke bumbung....huh....tapi nak buat camna, dah memang keje teman...
tahun lepas ada pakcik tu siap cakap lagi...."HUH...kalu doktor tak bagi saya pegi, dr tanggung dosa saya semua!!!"
dah tu, bila kita kata, "bukan mcm tu pakcik, penyakit pakcik ni bahaya..boleh bawa maut pakcik"
dia kata pulak,"Hah!baguih la kalu dapat mati kat sana!!!"
Hah!!...betui jugak tu!teman pun kalu boleh nak mati kat sana....hmmmmpphhh...macammana ni.....
hehe...teman pun tak tau la...yg pasti bulan 5 ni teman dah mula kena check bakal2 jemaah haji utk tahun ni...
masa mesyuarat tu teman tertarik dgn cerita jemaah indonesia....rupa2nya jemaah2 indonesia semua yg pegi semua2nya muda2....so masalah sakit2 ni tak byk sgt...in fact, di indonesia kalu nak pegi haji, kena lulus 'fitness test' dulu...kalu tak pass, tak bleh gi..
di antara fitness test nya ialah berlari 100m dlm beberapa masa yg ditetapkan, dan naik turun tangga 5 tingkat sambil bawa beg...hehe...patut la fit2 semua cowok2 indon ni...
tapi di malaysia ni, kalu tak pass pemeriksaan dr, masih boleh buat rayuan dekat lembaga rayuan tabung haji...dalam board tu akan ada boss tabung haji, dr2 pakar serta ulama2 yg akan cuba mempertimbangkan rayuan jemaah2 haji ni....
deme ada cerita skit hari tu mcmmana proses rayuan tu dijalankan...dan bila teman dengar cerita deme masa mesyuarat tu, hati teman tersentuh dan teman rasa keputusan2 yg deme buat tu tepat sekali...wallahua'lam...baca tau...
Case 1: Seorang pakcik berumur 80 tahun dgn penyakit asma dan lemah jantung yg teruk. pakcik ni akan semput walaupun baru berjalan dlm 10 meter.
Ulama: Pada pendapat dr, penyakit pakcik ni boleh sembuh tak?
Pakar: Pada pendapat kami, dgn umur pakcik serta keadaannya...amat sukar utk sembuh sepenuhnya..penyakitnya boleh dikawal dgn ubat..tetapi keadaannya tidak boleh menahan stress fizikal spt berjalan jauh dan cuaca yg extreme.
Ulama: Ok, rayuan ditolak..pakcik ni tak dapat menjalankan ibadah haji.
lepastu, ulama tu sendiri yg terangkan pada pakcik tu yg keadaan dirinya yg tak mengizinkan tekanan fizikal etc. Diterangkan juga pada pakcik tu tentang hukum2 serta fatwa2 yg berkaitan dgn keadaan dirinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Case 2: Seorang makcik berumur 62 tahun yg baru dapat heart attack 2 bulan lepas
Ulama: Mcmmana pendapat dr, adakah makcik ni sihat utk menunaikan haji?
Pakar: Beliau layak, tapi bukan sekarang, kerana jantungnya masih lemah.Kami akan optimize medication, diet dan observe keadaannya dalam masa setahun. InsyaAllah, pd tahun depan beliau akan pulih dari masalah jantungnya.
Ulama: Ok, permohonan makcik akan ditangguhkan untuk tahun depan insyaAllah.
Case 3: Seorang pemuda berumur 25 tahun yg disahkan menghidap leukamia dan dijangka dapat hidup hanya 6 bulan lagi, tapi pada waktu tersebut pemuda itu masih mampu berjalan dan menguruskan diri tanpa pertolongan org lain.
Ulama: Adakah kemungkinan pesakit ini dapat sembuh dari penyakitnya?
Pakar: Kemungkinannya amat tipis memandangkan penyakitnya telah merebak ke paru2 dan organ2 lain. Tapi beliau masih dapat berjalan dgn tongkat dan dapat menguruskan diri dengan baik tanpa pertolongan org lain.
Ulama: Maksudnya kalau kita tunggu tahun depan pun, kemungkinan keadaan beliau akan jadi lebih teruk lagi?
Pakar: Ya.
Ulama: Baik, rayuannya diterima. Izinkan beliau menunaikan haji pada tahun ini.
Sebak hati teman bila dengar case ketiga ni...dan teman rasa sungguh adil lembaga rayuan ni membuat keputusan...yelah, bukan perkara main2..melibatkan salah satu rukun Islam...dah tentu perlu diambilkira dgn teliti...
Wallahu'alam teman tak tau apa yg jadi dkt pemuda ketiga tu...moga2 beliau memperoleh haji yg mabrur...
Apa yg pasti, kita tak perlu tunggu bila nak jadi tua nanti baru nak menunaikan rukun Islam kelima ni...sbb kita tak tau sampai bila Allah akan beri nikmat umur dan kesihatan pada kita...pada ketika umur kita masih muda dan masih mempunyai kekuatan fizikal sekarang ni lah kita sudah patut memasang niat utk ke sana...Wallahu'alam...
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
iya, bg yg belum mendaftar atau yg belum buka akaun tabung haji lg,
ReplyDeletemulakan langkah anda sekarang.
nk buka akaun haji minimum kena ada rm1500 kan? pinjam duit Dr sarah bleh? :D
ReplyDeleteAssalamualikum Dr Sarah..
ReplyDeleteKakak nak petik post sarah yang ni... boleh? Nak letak dalam bloh kakak
- Kakak kepada RieNa
alaikumussalam kak yus...boleh sgt kak...no problemo!sori lambat reply..baru keluar gua...sumira ada lagi kat dalam...har har har!!sori miera...i love u..muah muah
ReplyDelete